TENTANG ASTRO

Astro Malaysia Holdings Berhad ialah syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia. Kami memberi perkhidmatan kepada 5.3 juta rumah atau 65% isi rumah TV Malaysia, 8,900 perusahaan, 16.6 juta pendengar mingguan di seluruh Astro Radio (FM dan dalam talian), dan 15.6 juta pelawat ke jenama digital kami setiap bulan.

Kami adalah pencipta kandungan terbesar di Malaysia dalam pasaran di mana bahagian tontonan didominasi oleh kandungan tempatan. Tiga perkhidmatan video kami yang berbeza, iaitu Astro Pay-TV, NJOI dan Sooka, produk OTT kami sendiri untuk milenium, direka untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia merentasi semua segmen.

Astro menggunakan sistem satelit untuk menyediakan perkhidmatan terus ke rumah kepada para pelanggan kerana sistem ini paling sesuai bagi rupa bumi geografi Malaysia. Walaubagaimanapun, semasa hujan lebat, ia akan melemahkan atau mengganggu isyarat satelit dan menjejaskan pengalaman tontonan anda.

Untuk memastikan anda terus menikmati tontonan anda semasa gangguan sementara seperti ini, kami telah memperkenalkan aplikasi Astro GO sebagai alternatif untuk anda terus menonton rancangan kegemaran anda bila-bila masa, di mana sahaja. Muat turun aplikasi Astro GO dalam telefon bimbit atau tablet anda, link akaun anda dan terus menikmati rancangan anda!

Selain Astro GO, tawaran terbaru kami - Ultra Box dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Rakaman Cloud, "Play from Start" dan kandungan 4K UHD. Hanya sambungkan Ultra Box dengan internet dan nikmati hiburan dengan lebih daripada 50,000 video yang tersedia untuk streaming mengikut keselesaan anda.

Kami ingin maklumkan sekali lagi bahawa gangguan perkhidmatan akibat hujan tidak boleh dielakkan sepenuhnya dalam operasi penyiaran satelit. Walaubagaimanapun, usaha berterusan sedang dijalankan untuk mengurangkan gangguan ini sejauh mungkin menggunakan teknologi terkini. Dalam menangani masalah gangguan siaran di waktu hujan, Astro telah memperkenalkan servis terbaru iaitu Astro Fibre. Astro Fibre adalah merupakan perkhidmatan Jalur Lebar berkelajuan tinggi yang yang menggunakan gentian Fiber Optik sebagai medium perantaraan jalinannya. Dengan adanya perkhidmatan ini, masalah gangguan siaran akibat hujan dapat dikurangkan.